Tuesday, September 22, 2009

Pemilihan skuad Pulau Pinang 2010

Beberapa panggilan yang diterima dari Cikgu Shahdan dan Cikgu Azizi mengesahkan bahawa satu sesi pemilihan skuad Pulau Pinang bagi sukan sepaktakraw untuk musim 2010 bakal di adakan selepas Ramadhan nanti.

Bila dan dimana belum lagi diputuskan. Apa yang pasti Head Coach untuk tahun 2010 adalah Cikgu Shahdan dari SK Kg Tok Bedu yang tentunya tak asing lagi bagi mereka yang aktif sukan sepaktakraw di negeri Pulau Pinang.

Semoga dengan perlantikan coach baru nie, skuad Pulau Pinang akan dapat memperbaiki pencapaian pada tahun ini apabila sekadar melayakkan diri ke peringkat suku akhir bagi acara berpasukan dan separuh akhir bagi acara regu.

Ini adalah berita gembira buat beberapa pemain SKPP yang sememangnya berbakat untuk mencuba nasib bagi mengintai pintu untuk mewakili skuad Pulau Pinang untuk musim 2010.

aksi sebegini pasti menarik perhatian head coach tahun ini

Oleh itu, bersiap sedialah wahai syazwi, iqbal dan faiz untuk merebut tempat dalam skuad Pulau Pinang untuk musim 2010.

Friday, September 18, 2009

Zon Permatang Pauh bakal diwujudkan?


Hasil dari maklumat yang sangat2 boleh dipercayai, zon Butterworth dan Bukit Mertajam akan di pecahkan kepada 3 zon baru iaitu Zon Permatang Pauh, Butterworth dan Bukit Mertajam.

SK Permatang Pasir antara yang terkena tempiasnya apabila bakal berhadapan dengan kuasa2 besar sukan bolasepak dan sepaktakraw terutamanya dari SK Mengkuang dan SK Bandar Baru Perda.Walaupun pada dasarnya, mereka2 ini pun gerun dan gementar dengan status SK Permatang Pasir sekarang.Hehe...

Namun perjuangan tetap perlu diteruskan walau sehebat mana pun mereka. Yang pastinya, tiada lagi Taman Senangan, tiada lagi Bagan Ajam dan tiada lagi Sungai Dua untuk memberikan saingan dalam sukan bolasepak. Dan sudah tentunya tiada lagi Bagan Jermal untuk memberikan cabaran dalam sukan sepaktakraw.

Dengan wujudnya zon baru ini, tentunya setiap pasukan akan memberikan saingan sengit dalam setiap acara yang disertai samada bolasepak atau sepaktakraw untuk mencipta nama sebagai pasukan pertama yang muncul Johan Zon Permatang Pauh.

Berikut adalah senarai sekolah yang akan mengisi slot untuk zon permatang pauh bagi sesi 2010 dan untuk tahun2 seterusnya :

SK Permatang Pasir
SK Mengkuang
SK Bandar Baru Perda
SK Jalan Baru
SK Tanah Liat
SK Guar Perahu
SK Seri Impian
SK Penanti
SK Bukit Indra Muda
SK Permatang Pauh
SK Permatang Tok Kandu
SK Pauh Jaya

*Sekadar meletakkan beberapa buah sekolah sekitar Permatang Pauh tidak termasuk sjkc dan skjt

Tuesday, September 8, 2009

Keputusan Undian terkini

Salam..lama kita tak bersua..

Hampir dua bulan skppfc meletakkan undian bagi memberi peluang kepada para penyokong skppfc untuk memilih siapakah calon yang sesuai untuk diangkat menjadi kapten bagi musim 2010.

Nampaknya saingan diantara Syazwi dan Amirul semakin sengit sehingga meninggalkan Iqbal, Bukhori dan Faiz jauh di belakang.

Ayuh bangun kembali para penyokong Iqbal, Bukhori dan Faiz untuk memberikan sokongan kepada orang yang anda rasa lebih layak untuk di angkat menjadi kapten.

Berikut adalah keputusan pilihanraya permatang pasir undian terkini..

Jom pakat undi lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...