Friday, September 18, 2009

Zon Permatang Pauh bakal diwujudkan?


Hasil dari maklumat yang sangat2 boleh dipercayai, zon Butterworth dan Bukit Mertajam akan di pecahkan kepada 3 zon baru iaitu Zon Permatang Pauh, Butterworth dan Bukit Mertajam.

SK Permatang Pasir antara yang terkena tempiasnya apabila bakal berhadapan dengan kuasa2 besar sukan bolasepak dan sepaktakraw terutamanya dari SK Mengkuang dan SK Bandar Baru Perda.Walaupun pada dasarnya, mereka2 ini pun gerun dan gementar dengan status SK Permatang Pasir sekarang.Hehe...

Namun perjuangan tetap perlu diteruskan walau sehebat mana pun mereka. Yang pastinya, tiada lagi Taman Senangan, tiada lagi Bagan Ajam dan tiada lagi Sungai Dua untuk memberikan saingan dalam sukan bolasepak. Dan sudah tentunya tiada lagi Bagan Jermal untuk memberikan cabaran dalam sukan sepaktakraw.

Dengan wujudnya zon baru ini, tentunya setiap pasukan akan memberikan saingan sengit dalam setiap acara yang disertai samada bolasepak atau sepaktakraw untuk mencipta nama sebagai pasukan pertama yang muncul Johan Zon Permatang Pauh.

Berikut adalah senarai sekolah yang akan mengisi slot untuk zon permatang pauh bagi sesi 2010 dan untuk tahun2 seterusnya :

SK Permatang Pasir
SK Mengkuang
SK Bandar Baru Perda
SK Jalan Baru
SK Tanah Liat
SK Guar Perahu
SK Seri Impian
SK Penanti
SK Bukit Indra Muda
SK Permatang Pauh
SK Permatang Tok Kandu
SK Pauh Jaya

*Sekadar meletakkan beberapa buah sekolah sekitar Permatang Pauh tidak termasuk sjkc dan skjt

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...