Saturday, August 15, 2009

Butterworth kempunan lagi

pemain Butterworth 'kusyuk' mendengar arahan taktikal dari head coach

Skuad butterworth terus kempunan untuk beraksi di final apabila tewas 0-2 kepada Balik Pulau pada perlawanan peringkat separuh akhir yang berlangsung di padang awam mengkuang titi, Bukit Mertajam.

Perlawanan pada separuh masa pertama berlangsung seimbang apabila kedua2 pasukan saling berbalas serangan.Namun beberapa percubaan yang dilakukan oleh Balik Pulau ternyata lebih berbahaya melalui dua penyerang kembar mereka.

Serangan yang dilakukan oleh Butterworth mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan Balik Pulau yang ternyata bijak dalam melakukan perangkap offside.

Dua gol akibat kesilapan barisan pertahanan pada separuh masa kedua ternyata membunuh semangat pemain Butterworth untuk terus berjuang.

Kekalahan ini menambahkan lagi rekod kemenangan Balik Pulau ke atas Butterworth yang sering kali tersekat akibat kekalahan di tangan lawan yang sama.

Hasrat untuk merebut tempat ketiga keseluruhan turut musnah apabila Butterworth tewas tipis 0-1 kepada Kepala Batas dalam penentuan tempat ke-3/4. Akibat kelalaian penjaga gol, Kepala Batas mudah menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan percuma. Gol yang dijaringkan ternyata sukar untuk di terima.

Berikut adalah keputusan akhir Kejohanan Bola Sepak 11 TKB Peringkat Negeri Pulau Pinang:

Johan : Bukit Mertajam
Naib Johan : Balik Pulau
Tempat ke-3: Kepala Batas
Tempat ke-4: Butterworth

Sunday, August 9, 2009

Separuh Akhir tangguh lagi

Perlawanan separuh akhir kejohanan bola sepak bawah 11 tahun peringkat negeri Pulau Pinang terpaksa ditangguhkan lagi akibat faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Perlawanan yang dijangka berlangsung Selasa ini bakal menemukan Butterworth dengan Balik Pulau sementara Bukit Mertajam menentang Kepala Batas.

Perlawanan antara Butterworth dan Balik Pulau pasti menarik perhatian ramai kerana masing2 tidak mengenal kekuatan dan kelemahan pihak lawan.

Tindakan Butterworth untuk mengintai kekuatan lawan tidak berhasil apabila perlawanan membabitkan Balik Pulau dan Jelutong pada peringkat kumpulan terpaksa dilangsungkan di sebelah pulau.

Walau bagaimanapun Butterworth tetap bersedia untuk menggempur Balik Pulau dengan sedaya upaya demi mengangkat maruah selaku pasukan yang digeruni.

Hanya masa 30 minit yang akan memisahkan kedua2 pasukan ini.

Thursday, August 6, 2009

Butterworth tepati ramalan awal

Butterworth dan Kepala Batas menempah tiket ke separuh akhir apabila masing2 menjadi johan dan naib johan kumpulan A.

Kedua2 pasukan ini menepati ramalan awal apabila masing2 mudah menundukkan lawan dari Kelawai dan Air Itam.

Pertembungan untuk menentukan johan dan naib johan ternyata sengit apabila kedua2 pasukan sering membalas serangan. Akibat dari ketumpulan penyudah maka kedua2 pasukan tetap berpuas hati apabila sekadar seri 0-0.

Selaku johan kerana perbezaan jaringan, Butterworth ada sedikit kelebihan apabila bakal bertemu dengan naib johan kumpulan B yang bakal diisi samada Bukit Mertajam, Balik Pulau atau Nibong Tebal.

Apa yang pasti, Butterworth bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja diperingkat separuh akhir. Sekiranya diberi pilihan, pastinya Butterworth akan mengelak untuk bertemu Bukit Mertajam.

Monday, August 3, 2009

Klinik Sepak Takraw bersama pelatih Skuad Elit Sepak Takraw Malaysia

sempat lagi singgah tengok Cub Prix di Batu Kawan

4 pemain sepak takraw dari SKPP terpilih untuk mengikuti Klinik Sepak Takraw bersama skuad elit sepak takraw Malaysia yang diadakan di SMK Mutiara Impian sabtu lalu.

Peluang beramah mesra bersama En Harris Abd Rahman, En Iskandar Arshad dan barisan pelatih skuad elit Sepak Takraw Malaysia nyata memberikan pengalaman berharga buat kepada iqbal, syazwi, faiz dan bukhori.

iqbal dan syazwi di samping Iskandar dan pelatih skuad elit

Walaupun tunjuk ajar yang diberikan terlalu singkat namun segala ilmu yang dicurahkan nyata membakar semangat keempat-empat anak muda ini untuk terus mempelajari ilmu sepak takraw.

faiz dan iqbal di samping Iskandar dan pelatih skuad elit

Apa yang paling membanggakan ialah apabila kumpulan syazwi, iqbal dan faiz berjaya memenangi pertandingan menanduk dan menimbang bola terbanyak yang di anjurkan sepanjang klinik ini. Tahniah dan syabas di ucapkan.

Mungkin ada dikalangan kita yang belum mengenali siapakah Iskandar Arshad. Dibawah ni disertakan album kenangan sewaktu regu Iskandar Arshad memenangi pingat emas Sukan Asia di Hiroshima.


Iskandar Arshad bersama Ahmad Jais Baharum, Abdul Malek Samsudin dan Zabidi Shariff sewaktu menerima anugerah Olimpik pada tahun 1994 apabila memenangi pingat emas Sukan Asia di Hiroshima

Aksi Grand Final Futsal Milo Hidup Bola

di apit coach dan pengurus yang tetap macho walau di mana berada

bersama jersi yang di sponser oleh Kronos

bersama salah satu pasukan yang beraksi di Grand Final

bersalaman dengan Dollah Salleh sebelum perlawanan akhir

aksi adik sedang menunjukkan skil mantap

aizat dan abang sedang mengepung sorang player pihak lawan

bergambar bersama 4 pasukan yang layak ke separuh akhir

bersama para penyokong yang mai dari Pulau Pinang

hati tetap gembira walaupun tewas di final

pasang kuda kuda dulu sebelum buat lebih lebih

bersedia untuk dilambungkan..

aksi burung helang menerkam mangsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...