Sunday, August 9, 2009

Separuh Akhir tangguh lagi

Perlawanan separuh akhir kejohanan bola sepak bawah 11 tahun peringkat negeri Pulau Pinang terpaksa ditangguhkan lagi akibat faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Perlawanan yang dijangka berlangsung Selasa ini bakal menemukan Butterworth dengan Balik Pulau sementara Bukit Mertajam menentang Kepala Batas.

Perlawanan antara Butterworth dan Balik Pulau pasti menarik perhatian ramai kerana masing2 tidak mengenal kekuatan dan kelemahan pihak lawan.

Tindakan Butterworth untuk mengintai kekuatan lawan tidak berhasil apabila perlawanan membabitkan Balik Pulau dan Jelutong pada peringkat kumpulan terpaksa dilangsungkan di sebelah pulau.

Walau bagaimanapun Butterworth tetap bersedia untuk menggempur Balik Pulau dengan sedaya upaya demi mengangkat maruah selaku pasukan yang digeruni.

Hanya masa 30 minit yang akan memisahkan kedua2 pasukan ini.

2 comments:

  1. Cool and I have a tremendous offer: Where To Buy Houses That Need Renovation home renovation experts

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...