Thursday, August 6, 2009

Butterworth tepati ramalan awal

Butterworth dan Kepala Batas menempah tiket ke separuh akhir apabila masing2 menjadi johan dan naib johan kumpulan A.

Kedua2 pasukan ini menepati ramalan awal apabila masing2 mudah menundukkan lawan dari Kelawai dan Air Itam.

Pertembungan untuk menentukan johan dan naib johan ternyata sengit apabila kedua2 pasukan sering membalas serangan. Akibat dari ketumpulan penyudah maka kedua2 pasukan tetap berpuas hati apabila sekadar seri 0-0.

Selaku johan kerana perbezaan jaringan, Butterworth ada sedikit kelebihan apabila bakal bertemu dengan naib johan kumpulan B yang bakal diisi samada Bukit Mertajam, Balik Pulau atau Nibong Tebal.

Apa yang pasti, Butterworth bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja diperingkat separuh akhir. Sekiranya diberi pilihan, pastinya Butterworth akan mengelak untuk bertemu Bukit Mertajam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...