Tuesday, July 28, 2009

Kepala Batas FC sekadar Naib Johan

para pemenang bergambar bersama Dollah Salleh

Kekalahan tipis 0-1 Kepala Batas FC kepada CT Nur Nilam A pada aksi final Futsal Milo Hidup Bola nyata terlalu sukar untuk di terima. Namun itulah adat dalam pertandingan yang perlu sama2 kita terima dengan hati terbuka walaupun pahit untuk di telan.

Walaupun terlepas RM10000 dari genggaman, namun mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila mendapat RM7000 beserta medal, produk Milo dan barangan sukan dari Figos.

Apa2 pun syabas dan tahniah di ucapkan pada cikgu Wan Azli, cikgu Akmal dan cikgu Wan Toran kerana berjaya membimbing skuad Kepala Batas FC sejauh ini. Tahun depan kita pakat cuba lagi. Pulau Pinang tak pernah sunyi dari melahirkan ramai pemain2 yang berbakat.

Walaupun hanya meraih tempat kedua namun ia cukup membanggakan seluruh warga Pulau Pinang khususnya guru2 yang pernah terlibat dalam membimbing dan mengetengahkan bakat para pemain ini dalam sukan bola sepak.

Skuad ini di barisi oleh 8 pemain yang telah mewakili Pulau Pinang dalam kejohanan MSSM di Kelantan. Mereka ini terdiri daripada 3 pelajar SK Kuala Muda, 2 pelajar SK Mengkuang, masing2 sorang wakil dari SK Tasek Gelugor, SK Jalan Baru dan SK Permatang Pasir.

Saturday, July 25, 2009

Kepala Batas FC ke Grand Final 2009

Johan siri ke-7 di Safira Sport Planet

Tahniah buat skuad bimbingan Cikgu Wan dan Cikgu Akmal kerana menjadi satu2nya wakil negeri Pulau Pinang membawa cabaran ke Grand Final Futsal Milo Hidup Bola bagi kategori bawah 12 tahun.

Skuad ini ternyata mantap apabila diwakili sepenuhnya oleh barisan pemain yang mewakili Pulau Pinang ketika berlangsungnya kejohanan MSSM di Kelantan. Termasuklah seorang pemain dari SKPP iaitu Muhamad Aizat Bin Shaharuddin.

Berikut adalah senarai pasukan yang layak beraksi pada Grand Final :
Selain Kepala Batas FC, dua pasukan dari SMK Guar Perahu turut mengibarkan cabaran Pulau Pinang ke Grand Final Futsal Milo Hidup Bola bagi kategori bawah 16 tahun. Selamat maju jaya di ucapkan kepada ketiga2 pasukan tersebut.

Jom pakat harumkan nama Pulau Pinang di persada Malaysia.

Iqbal dan Syazwi wakili Butterworth

Pemilihan Iqbal dan Syazwi untuk mewakili zon Butterworth ke kejohanan bola sepak peringkat negeri Pulau Pinang memang dah di jangka sejak awal lagi. Mereka adalah antara pemain yang telah mewakili zon Butterworth pada kejohanan MSSPP bawah 12 tahun awal tahun ini.

Jadi pengalaman beraksi pada kejohanan tersebut nyata akan memberikan sedikit kelebihan pada skuad Butterworth kali ini. Mudah2an kedua2nya boleh la membimbing rakan2 baru untuk kembali menjulang Butterworth. Lama dah Butterworth tak champ woi..

Sejak tahun 2007 lagi SKPP tak pernah terlepas dari menghantar wakil untuk mewakili zon Butterworth ke kejohanan peringkat negeri Pulau Pinang. Bermula dari zaman Wafi dan Acu sehinggalah ke zaman Iqbal dan Syazwi, SKPP telah berjaya melahirkan ramai pemain2 yang nyata berbakat.

Berikut adalah senarai pemain yang pernah mewakili Butterworth:
2007: Wafi dan Acu (Akmal)
2008: Paktam (Solehin), Afiq Rosli, Aizat, Hazwan Zaini
2009: Aizat, Danish Afiq, Ahmad Danish, Iqbal dan Syazwi

Mudah2an dengan pemilihan Iqbal dan Syazwi kali ini benar2 menguntungkan SKPP untuk terus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi awal tahun baru ni..

Thursday, July 23, 2009

SKPP ulangi pencapaian 2008

pemain masih tersenyum walaupun tewas 0-1 di final

SKPP sekadar mengulangi pencapaian pada tahun 2008 apabila sekadar meraih tempat kedua pada kejohanan bola sepak pembangunan bawah 11 tahun yang berakhir isnin lalu.

Kegagalan menjaringkan gol pada aksi final menentang SK Bagan Ajam nyata mengecewakan penyokong yang hadir menyaksikan final tersebut walaupun terdapat beberapa percubaan yang berbahaya berjaya dilepaskan namun palang dan tiang gol menjadi penghalang. Hampeh betoi..

Aksi final yang berlangsung hanya selama 10 minit nyata mengecewakan sehingga mencetuskan emosi yang tak berapa seronok nak cerita kat sini. Tu la lain kali orang suruh pi meeting hang tak mau pi..hehe..Sorry la Cikgu Amir..

Namun aksi pemain sepanjang kejohanan ini keseluruhannya nyata membanggakan sehingga melayakkan mereka beraksi di final walaupun persediaan kali ini nyata terlalu singkat akibat terlalu banyak komitmen yang perlu di bereskan.

Hasil dari post mortem yang dilakukan sebaik tamat kejohanan ini terdapat beberapa kelemahan ketara yang perlu di perbaiki terutamanya di barisan pertahanan termasuklah penjaga gol perlu diperkemaskan. Penjaga gol tu urusan Cikgu Arnaz la hehe..

InsyaAllah..SKPP menjanjikan kebangkitan pada tahun hadapan..tunggu jangan tak tunggu..

Monday, July 20, 2009

SKPP mengorak langkah

mengambil semangat Amri ketika menentang Man Utd

Alhamdulillah..itulah ungkapan yang selayaknya di ungkapkan sebaik sahaja tamat undian penentu johan kumpulan..setelah di undi, SKPP adalah johan kumpulan A manakala SKTS adalah naib johan kumpulan A.

Setelah mengharungi perlawanan yang sungguh memeritkan dalam kumpulan maut akhirnya SKPP layak akhirnya..Kemenangan mengatasi SK Assumption 1-0 pada perlawanan pembukaan nyata memberikan kelebihan moral..

Namun sifat terlalu yakin ternyata memakan diri apabila SKPP sekadar seri 1-1 menentang SK St Mark, dan ketumpulan penyudah menyebabkan SKPP seri lagi menentang SK Taman Senangan 0-0..

Mendapat title sebagai johan kumpulan maut nyata menggerunkan ramai pemerhati sukan tanah air..chewah..walaupun hanya melalui undian..namun itulah yang sepatutnya berlaku kerana dari segi permainan memang di kuasai oleh SKPP sepenuhnya..

Undian sedikit memihak kepada SKPP kerana bakal selamat dari berhadapan dari team2 yang kuat dari zon Butterworth iaitu SK Bagan Ajam, SK Sungai Puyu dan SK Sungai Dua..

Melalui undian yang akan dibuat petang ini sedikit memudahkan laluan SKPP untuk ke separuh akhir..samada berdepan SK Seberang Jaya 2 atau SK Mak Mandin atau SK Permatang Tok Jaya..

Bukan untuk bercakap besar, sebaliknya undian bertemu naib johan kumpulan ada kelebihannya selain sedikit selamat..

Berikut adalah pasukan yang layak ke suku akhir :

Kumpulan A:
SK Permatang Pasir
SK Taman Senangan
Kumpulan B:
SK Sungai Puyu
SK Seberang Jaya 2
Kumpulan C:
SK Sungai Dua
SK Permatang Tok Jaya
Kumpulan D:
SK Bagan Ajam
SK Mak Mandin


Pasukan yang berada di atas adalah Johan Kumpulan manakala di tempat kedua adalah Naib Johan Kumpulan.

Selamat Maju Jaya di ucapkan untuk team SKPP..

Tuesday, July 14, 2009

SKPP sedia sahut cabaran

barisan pemain begitu bersemangat untuk sahut cabaran kali ini..

Inilah keyakinan yang diluahkan hasil dari perlawanan persahabatan sepanjang minggu ini..Dari enam perlawanan persahabatan setakat ini, SKPP belum lagi tewas..

Walaupun begitu, masih terdapat lagi kepincangan yang perlu cepat di atasi sebelum bermulanya cabaran sebenar terutamanya di bahagian pertahanan..

Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan sepanjang minggu ini..
  • SKPP (5) vs SK Seri Impian (2)
  • SKPP (1) vs SK Mengkuang (0)
  • SKPP (0) vs SK Kg Tok Bedu (0)
  • SKPP (0) vs SK Permatang Buluh (0)
  • SKPP (3) vs SK Padang Menora (0)
  • SKPP (4) vs SK Sungai Dua (0)

Hasil dari enam perlawanan ini, SKPP mencatatkan empat kemenangan dan dua seri tanpa pernah tewas kepada mana2 pasukan..

Sebanyak 13 gol telah dijaringkan dan hanya bolos dua gol pada perlawanan pertama menentang SK Seri Impian..

Ini sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun di saat tiada kemudahan padang untuk menjalankan aktiviti latihan..

Tq pada Cikgu Razman (sk seri impian), Cikgu Wan Toran (sk mengkuang) dan Cikgu Anuar&Cikgu Amir (sk sungai dua) sebab sudi untuk 'meminjamkan' padang..moga jasa baik kalian mendapat balasan setimpal..

Monday, July 13, 2009

SKPP sertai kumpulan maut

sepakan maut dari kumpulan maut


"kita dalam kumpulan maut"

"ramai yang tepuk tangan kita satu group dengan Taman Senangan"

Begitulah kata2 Cikgu Zul lepas balik dari mesyuarat pembangunan bola sepak bawah 11 tahun hari tu..Memang maut kalau diperhatikan..group kita ada SKTS, ada Assumption dan ada St Mark..Kalau di atas kertas, peluang ada pada SKTS, SKPP dan Assumption.. St Mark nampak tak seberapa..tapi tak tahu lah..tahun nie mungkin ramai player yang bagus2..jangan pandang rendah pada lawan..tu la pesan orang tua2 kalau nak masuk bertanding..

Untuk kepastian kami pun terus call Cikgu Wan ..Dia kata memang betul pun..jumpa peringkat kumpulan lagi cantik..selamat dah tak jumpa masa pusingan kalah mati..kalau sama2 power, boleh jumpa balik pada final nanti..ada kebenaran jugak kata2 tu..

Salah satu dari tiga pasukan tu mesti bungkus, tak SKPP..SKTS, tak SKTS..Assumption, tak Assumption..SKPP..mana satu kami pun tak tau..tunggu dan lihat la hari Khamis nie..takut2 St Mark turut layak sama bersama2 dengan salah satu dari tiga pasukan tersebut..mudah mudahan SKPP tetap layak..hehe..

Berikut adalah fakta mengenai kumpulan maut :

SK Taman Senangan
2007 : Johan Zon Butterworth
2008 : Johan Zon Butterworth
2009 : Finalist

SK Permatang Pasir
2008 : Quarter Final
2009 : Johan Zon Butterworth

SK Assumption
2008 : Semi Final
2009 : Quarter Final

SK St Mark
2009 : Quarter Final


Setakat yang kami tahu la..yang kami tak tahu tu tak bleh la nak masukkan kat sini..Kalau ada kesalahan fakta atau nak tambahkan lagi fakta tolong maklumkan..

Sunday, July 12, 2009

Virus Selsema Bola melanda SKPP

virus selsema babi

Hehe..bukan istilah demam bola tapi istilah selsema bola yang di pilih sebagai tajuk entri kali ini..Mengambil kira betapa hebatnya penangan selsema babi ketika ini..maka selsema bola agak sesuai untuk dijadikan tajuk entri..

Bukan setakat selsema babi jer yang mengganas di seluruh dunia..tapi selsema bola juga kembali mengganas bahkan lebih dahsyat lagi..

Berikut adalah beberapa bukti kewujudan selsema bola di seluruh dunia :

selsema bola di Afrika selatan

selsema bola di Indonesia

selsema bola di Itali

selsema bola di Iran
selsema bola di Iran


Dengan tersebarnya virus selsema bola ini ke seluruh dunia..maka SKPP pun terasa bahangnya..tapi rasanya tak lama..dalam seminggu dua ni jer..pastu mungkin slow sikit..

InsyaAllah..dalam minggu nie SKPP akan menghadapi kejohanan bolasepak pembangunan bawah 11 tahun..pembangunan takraw baru jer abis..mai pulak pembangunan bola..persediaan pun kurang sikit..tak macam tahun lepas..tapi semua tu bukan alasan untuk SKPP tak sertai kejohanan kali nie..

Pasukan lain tak tau lah camner persediaan..mungkin persediaan dah semakin mantap..SKPP memang tak berapa nak bersedia untuk hadapi kejohanan kali nie..maklumlah terlibat dengan pembangunan takraw..

Minggu ni baru nak mula..entah sempat entah tidak..mudah2 mudahan Allah permudahkan segala urusan..

Saturday, July 11, 2009

Catatan Kejayaan 1


Berikut adalah rangkuman kejayaan yang pernah di capai oleh SKPP sepanjang penglibatan dalam sukan sepak takraw..

Pembangunan 11 tahun ke bawah :
2007 : tempat ke-5 keseluruhan
2008 : Johan acara regu
2009 : Johan acara regu

Kejohanan MSSPP 12 tahun ke bawah :
2008 : Johan acara berpasukan
2009 : Johan acara berpasukan

2008 : Suku akhir acara regu
2009 : Johan dan naib johan acara regu

Senarai pemain yang pernah mewakili Zon Butterworth :
2008 :
Muhammad Akif bin Mohamad Jan
Muhammad Hazwan bin Atan
Muhammad Iqbal bin Muhammad

2009 :
Muhammad Iqbal bin Muhammad
Muhamad Aizat bin Shaharuddin
Muhammad Danish Afiq bin Mohd Desa
Muhammad Syazwi bin Suhaimi
Muhammad Syhifaq bin Norazizan
Anashrullah bin Abd Hanid

Senarai pemain yang pernah mewakili Pulau Pinang :
2009 :
Muhamad Aizat bin Shaharuddin

Friday, July 10, 2009

SKPP catat sejarah


SKPP mencatat sejarah baru dalam sukan sepak takraw..kali ini dengan menjuarai acara regu pembangunan sepak takraw bawah 11 tahun peringkat negeri Pulau Pinang..

Penyertaan kali kedua ini ternyata membuahkan hasil..setelah penyertaan kali pertama iaitu pada tahun lepas sekadar meraih tempat ke-3 setelah tewas zon Bukit Mertajam..

Kali ini pada final menemukan SKPP dengan Sk Kg Tok Bedu...sapa yang tak kenal dengan tok bedu? Kuasa sepak takraw zon Kepala Batas..ramai yang pasti gerun bila di sebut nama tok bedu..betoi tak cikgu shahdan?? hehe..

Alhamdullillah...hasil usaha dan pengorbanan iqbal, syazwi, faiz dan bukhori akhirnya berbaloi juga dengan kejayaan yang tidak di sangka ini..

Kalau di imbas..faktor pengalaman merupakan aspek terpenting kemenangan ini..iqbal dan syazwi sudah pun pernah beraksi di peringkat tertinggi..mereka antara dua pemain yang beraksi pada kejohanan ini pada tahun lepas..selain beraksi pada kejohanan msspp peringkat negeri bagi kategori 12 tahun awal tahun ini..


Berikut adalah laluan kedua-dua pasukan ke final :

Laluan SKPP ke final :
Peringkat kumpulan :
Tewas kepada Sk Kg Tok Bedu ( wakil Kepala Batas )
Suku akhir :
Menang ke atas Sk Sungai Ara ( wakil Balik Pulau )
Separuh akhir :
Menang ke atas Sk Bagan Jermal ( wakil Butterworth)
Final :
Menang ke atas Sk Kg Tok Bedu ( wakil Kepala batas )


Laluan SK Kg Tok Bedu ke final :
Peringkat kumpulan :
Menang ke atas SKPP ( wakil Butterworth )
Suku akhir :
Menang ke atas wakil Bukit Mertajam
Separuh akhir :
Menang ke atas wakil Nibong Tebal
Final :
Tewas kepada SKPP ( wakil Butterworth )


Nampaknya SKPP berjaya menebus kembali kekalahan pada pusingan awal kepada Sk Kg Tok Bedu dengan menewaskan mereka di final..

Akhir sekali..tq buat en suhaimi sekeluarga sebab datang memberikan sokongan pada SKPP.

Sunday, July 5, 2009

Tahniah Aizat dan Siti Atiqah



Tahniah kepada dua pelajar SKPP yang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tunas Gemilang tahun 2009.


Anugerah yang semakin dilupakan berjaya 'dihidupkan' kembali pada tahun ini. Moga ianya diteruskan untuk tahun2 akan datang.


Hadiah berupa plak disampaikan sempena hari Anugerah Kecemerlangan SKPP yang berlangsung pada Sabtu, 4 julai 2009.


Tq kerana mengharumkan nama SKPP di persada Pulau Pinang..



Rekod Penglibatan Kokurikulum Aizat :

  • mewakili Pulau Pinang acara Bola Sepak ( Johan MSSM )
  • mewakili Pulau Pinang acara Sepaktakraw ( suku akhir MSSM )

Rekod Penglibatan Kokurikulum Siti Atiqah :

  • mewakili Pulau Pinang acara Bola Baling

Moga terus cemerlang dalam bidang yang diceburi selepas ini.
Good Luck for UPSR 2009..

SKPP takluk Butterworth

barisan regu SKPP tersenyum puas

Alhamdulillah...SKPP berjaya mempertahankan kejuaraan pembangunan sepaktakraw 11 tkb dua tahun berturut-turut sejak penyertaan kali pertama pada tahun lepas.

Pada aksi final, regu A SKPP menampilkan aksi garang menewaskan regu A SKBJ dengan straight set.

Regu A SKPP layak ke final setelah menewaskan 'adik sendiri' iaitu regu B SKPP, manakala regu A SKBJ pun layak ke final setelah menewaskan 'adik sendiri' iaitu regu B SKBJ.

Tahniah atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh kedua-dua regu.

Apa yang menarik pada kejohanan kali ini adalah penyertaan kali pertama SKTS di bawah pimpinan cikgu Wan Azli. Harap cuba lagi tahun hadapan.

Yang tak berapa bestnya..kejohanan kali ni tidak mendapat sambutan yang sewajarnya dari sekolah2 lain..mungkin ramai cikgu tak sempat nak prepare kot..takpa la lain kali kita sama2 prepare awai sikit...

Bila ramai yang join, bleh la cari pemain2 yang berbakat..untuk zon kita jugak..kalau kita tak sayang zon kita..sapa lagi yang nak sayang zon kita..betoi tak??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...