Inilah keyakinan yang diluahkan hasil dari perlawanan persahabatan sepanjang minggu ini..Dari enam perlawanan persahabatan setakat ini, SKPP belum lagi tewas..
Walaupun begitu, masih terdapat lagi kepincangan yang perlu cepat di atasi sebelum bermulanya cabaran sebenar terutamanya di bahagian pertahanan..
Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan sepanjang minggu ini..
- SKPP (5) vs SK Seri Impian (2)
- SKPP (1) vs SK Mengkuang (0)
- SKPP (0) vs SK Kg Tok Bedu (0)
- SKPP (0) vs SK Permatang Buluh (0)
- SKPP (3) vs SK Padang Menora (0)
- SKPP (4) vs SK Sungai Dua (0)
Hasil dari enam perlawanan ini, SKPP mencatatkan empat kemenangan dan dua seri tanpa pernah tewas kepada mana2 pasukan..
Sebanyak 13 gol telah dijaringkan dan hanya bolos dua gol pada perlawanan pertama menentang SK Seri Impian..
Ini sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun di saat tiada kemudahan padang untuk menjalankan aktiviti latihan..
Tq pada Cikgu Razman (sk seri impian), Cikgu Wan Toran (sk mengkuang) dan Cikgu Anuar&Cikgu Amir (sk sungai dua) sebab sudi untuk 'meminjamkan' padang..moga jasa baik kalian mendapat balasan setimpal..






No comments:
Post a Comment