SKPP sekadar mengulangi pencapaian pada tahun 2008 apabila sekadar meraih tempat kedua pada kejohanan bola sepak pembangunan bawah 11 tahun yang berakhir isnin lalu.
Kegagalan menjaringkan gol pada aksi final menentang SK Bagan Ajam nyata mengecewakan penyokong yang hadir menyaksikan final tersebut walaupun terdapat beberapa percubaan yang berbahaya berjaya dilepaskan namun palang dan tiang gol menjadi penghalang. Hampeh betoi..
Aksi final yang berlangsung hanya selama 10 minit nyata mengecewakan sehingga mencetuskan emosi yang tak berapa seronok nak cerita kat sini. Tu la lain kali orang suruh pi meeting hang tak mau pi..hehe..Sorry la Cikgu Amir..
Namun aksi pemain sepanjang kejohanan ini keseluruhannya nyata membanggakan sehingga melayakkan mereka beraksi di final walaupun persediaan kali ini nyata terlalu singkat akibat terlalu banyak komitmen yang perlu di bereskan.
Hasil dari post mortem yang dilakukan sebaik tamat kejohanan ini terdapat beberapa kelemahan ketara yang perlu di perbaiki terutamanya di barisan pertahanan termasuklah penjaga gol perlu diperkemaskan. Penjaga gol tu urusan Cikgu Arnaz la hehe..
InsyaAllah..SKPP menjanjikan kebangkitan pada tahun hadapan..tunggu jangan tak tunggu..





No comments:
Post a Comment