Monday, July 20, 2009

SKPP mengorak langkah

mengambil semangat Amri ketika menentang Man Utd

Alhamdulillah..itulah ungkapan yang selayaknya di ungkapkan sebaik sahaja tamat undian penentu johan kumpulan..setelah di undi, SKPP adalah johan kumpulan A manakala SKTS adalah naib johan kumpulan A.

Setelah mengharungi perlawanan yang sungguh memeritkan dalam kumpulan maut akhirnya SKPP layak akhirnya..Kemenangan mengatasi SK Assumption 1-0 pada perlawanan pembukaan nyata memberikan kelebihan moral..

Namun sifat terlalu yakin ternyata memakan diri apabila SKPP sekadar seri 1-1 menentang SK St Mark, dan ketumpulan penyudah menyebabkan SKPP seri lagi menentang SK Taman Senangan 0-0..

Mendapat title sebagai johan kumpulan maut nyata menggerunkan ramai pemerhati sukan tanah air..chewah..walaupun hanya melalui undian..namun itulah yang sepatutnya berlaku kerana dari segi permainan memang di kuasai oleh SKPP sepenuhnya..

Undian sedikit memihak kepada SKPP kerana bakal selamat dari berhadapan dari team2 yang kuat dari zon Butterworth iaitu SK Bagan Ajam, SK Sungai Puyu dan SK Sungai Dua..

Melalui undian yang akan dibuat petang ini sedikit memudahkan laluan SKPP untuk ke separuh akhir..samada berdepan SK Seberang Jaya 2 atau SK Mak Mandin atau SK Permatang Tok Jaya..

Bukan untuk bercakap besar, sebaliknya undian bertemu naib johan kumpulan ada kelebihannya selain sedikit selamat..

Berikut adalah pasukan yang layak ke suku akhir :

Kumpulan A:
SK Permatang Pasir
SK Taman Senangan
Kumpulan B:
SK Sungai Puyu
SK Seberang Jaya 2
Kumpulan C:
SK Sungai Dua
SK Permatang Tok Jaya
Kumpulan D:
SK Bagan Ajam
SK Mak Mandin


Pasukan yang berada di atas adalah Johan Kumpulan manakala di tempat kedua adalah Naib Johan Kumpulan.

Selamat Maju Jaya di ucapkan untuk team SKPP..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...